BAHAN-BAHAN:
1 biji labu saiz sedang
10 keping gula melaka
500 gm gula pasir
10 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan
300 gm gula kabung
1 cawan air
Sedikit air kapur
Secubit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Labu dibuang kulit dan potong mengikut pangsanya.
- Rendam di dalam air kapur selama lebih kurang 30 minit.
- Satukan dan masak gula melaka, gula pasir dan gula kabung, daun pandan bunga cengkih, garam dengan secawan air tadi.
- Masukkan labu yang telah di tos tadi dan biarkan sehingga masak.
- Biarkan sejuk dan sedia dihidangkan bersama santan pekat yang telah dimasak.
SANTAN MASAK
500 gm santan pekat
1 sudu kecil tepung jagung
Secubit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana sambil kacau sehingga masak. Tuang ke atas labu dan sedia untuk dihidangkan.