BAHAN-BAHAN
12 keping filo pastri
½ cawan mentega cair
4 biji telur ayam gred B
Bahan sos bolongnis
½ sudu kecil herba thyme segar – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 labu bawang besar – cincang halus
500 gm daging cincang
100 gm puri tomato
2 tin tomato cincang
200 ml air/ stok ayam
½ tin cendawan butang – hiris
1 cawan campuran keju cheddar dan parmesan
Minyak zaitun
Garam, gula dan lada hitam
CARA MENYEDIAKAN
- Untuk menyediakan sos bolongnis. Tumis bawang putih, bawang besar dan herba thyme sehingga harum.
- Kemudian masukkan daging dan goreng sehingga daging masak. Masukkan cendawan dan tomato puri dan cincang, kacau.
- Masukkan air/stok ayam dan biarkan ia mendidih dan pekat. Perisakan dengan gula, garam dan lada hitam.
- Untuk kulit pai sapukan setiap lapisan filo pastry dengan mentega cair dan habiskan semua kulit. Lapiskan setiap kulit dan bahagikan 6 bahagian.
- Sapukan acuan dengan minyak dan letakkan filo tadi dalam acuan.
- Ambil 4 senduk sos bolongnis yang telah sejuk dan campurkan dengan telur.
- Tuangkan campuran tadi ke dalam kulit filo dan taburkan keju di atasnya. Bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu180 darjah Celsius.