BAHAN UNTUK NASI: 

2 cawan beras

1 cm kunyit hidup

2 helai daun limau purut

2 batang serai diketuk

 

CARA MENYEDIAKAN :  

  1. Beras dicuci dan tos kan.
  2. Kunyit dikisar, ditapis dan diambil airnya.
  3. Masukkan air kunyit ke dalam beras yang dicuci bersama dua helai daun limau purut  dan serai.
  4. Masak di dalam periuk elektrik.

 

BAHAN TUMIS:    

1/2 kg santan

6 ulas bawang merah – dikisar

2 cm halia – dikisar

2 ulas bawang putih – dikisar

6 tangkai cili kering – dikisar

Sedikit gula dan garam

 

CARA MENYEDIAKAN :   

  1. Santan dimasak hingga pecah minyak.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, asam keping, gula, dan garam . Masak hingga pekat.

 

SAMBAL KELAPA      

BAHAN-BAHAN :   

1 1/2 cawan kelapa parut

5 ulas bawang merah – ditumbuk

1 cm halia – ditumbuk

2 batang serai -ditumbuk

1/2 keping gula melaka – ditumbuk

Sedikit garam

 

CARA MENYEDIAKAN :    

  1. Kelapa parut digoreng tanpa minyak.
  2. Gaulkan kelapa parut yang telah digoreng dengan bahan yang ditumbuk.

 

SAMBAL IKAN                                                                                     

BAHAN- BAHAN :      

3 ekor ikan kembung

 

CARA MENYEDIAKAN :     

  1. Ikan direbus dan diasingkan isi ikan lalu dihancurkan
  2. Goreng isi ikan tanpa minyak di atas api perlahan.

 

BUDU:      

1/2 cawan budu

1/2 keping gula melaka

1 ulas bawang putih – diketuk

2 helai daun limau purut

sedikit air asam jawa

 

CARA MENYEDIAKAN :

Campur semua bahan dan dimasak hingga mendidih.

 

SAMBAL LADA                                                                                    

BAHAN- BAHAN :   

10 tangkai lada

1 sudu makan cuka

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air masak

 

CARA MENYEDIAKAN :    

  1. Kisar lada bersama semua bahan di atas.
  2. Rasakan garam gula secukup rasa

 

ULAM-ULAMAN        

Daun kesum

Timun

Kacang panjang

Bunga kantan

Serai kayu

 

CARA MENYEDIAKAN :

Semua bahan dihiris halus dan sedia untuk dihidangkan.