BAHAN-BAHAN
500 gm keju krim
110 gm gula aising
¾ cawan susu cair/krim
½ cawan jus oren
1 tin (312gm) limau mandarin dalam tin
3 ½ sudu besar serbuk gelatin
½ cawan air mendidih
Bahan lapisan biskut
250 gm biskut – kisar lumat
130 gm mentega cair
CARA MENYEDIAKAN
- Sebatikan bahan lapisan biskut dan padatkan pada acuan kek keju bersaiz 8 inci. Sejukkan sebentar.
- Kemudian pukul keju dengan gula aising sehingga lembut dan sebati.
- Masukkan susu, jus dan limau mandarin bersama air sirapnya sekali. Kacau sebati.
- Kemudian larutkan gelatin dan biar gelatin larut dan menjadi telus tanpa ketulan. Kemudian gaulkan dalam adunan kek. Pukul sebati. Kemudian tuangkan atas lapisan biskut dan sejukkan selama 3 jam hingga satu malam.
- Selepas itu keluarkan dari acuan dan hidangkan.