BAHAN-BAHAN
6 keping roti
2 biji telur
1 ¼ cawan susu cair
3 sudu besar mentega
½ cawan parutan keju parmesan
½ labu bawang besar – cincang
2 sudu makan tuna pedas/ isi tuna dalam tin
½ tin kecil kacang pis
Lada hitam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Kacau sebati telur dan susu cair.
- Roti disapu dengan mentega dan dipotong dadu termasuk kulitnya. Gaulkan bawang besar, tuna dan kacang peas. Susun dalam acuan pembakar.
- Kemudian tuang adunan susu tadi ke dalam roti yang telah disusun.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 C selama 30 minit.