
Bahan Cucur
1 cawan tepung
¼ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
125 ml air
Garam secukup rasa
Bahan B
1 biji timun – potong kecil
1 keping tauhu – goreng dan hiris
80 gm sengkuang – potong nipis
2 biji kentang – goreng dan potong kecil
1 cawan taugeh – celur
2 biji telur direbus – kupas dan potong
Bahan kuah
250 gm keledek merah
1 cawan biskut marrie – hancurkan
1.5 liter air
1 sudu besar asam jawa
75 ml air
3 ulas bawang merah – cincang halus
2 sudu besar cili kisar
30 gm kacang tanah – goreng & kisar halus
1 sudu kecil kicap masak hitam
½ sudu besar cuka
1/3 cawan minyak masak
Secukup rasa gula dan garam
CARA MENYEDIAKAN
- Untuk cucur : Campurkan semua bahan. Gaulkan sampai sebati dan perap selama 1 jam. Masukkan telur dan kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.
- Untuk bahan kuah : Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75ml air, tapis dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bawang dan cili kisar. Tuang keledek dan kacau. Selepas 5 minit masukkan garam,gula dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan.
- Masukkan biskut marie, kacang tanah, kicap hitam dan cuka. Masak sampai terbit minyak. Susunkan semua bahan-bahan dan hidangkan bersama kuah pesembur.