BAHAN-BAHAN

2 ekor sotong kembang – rendam

1 biji timun

1 ikat kangkung

2 sudu besar bijan

 

Bahan Kuah

1 kg gula putih

1kg gula merah

1 botol kicap manis botol besar

1 botol sos cili botol besar

40 gm belacan

15 tangkai cili kering  – rebus dan kisar

2 sudu besar petis/otak udang

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Sotong dicelur dan dipotong kecil. Kangkung dicelur dan dipotong pendek.
  2. Untuk membuat sos, panaskan gula merah dan kicap hingga cair dan sebati kemudian tapis.
  3. Campurkan semua bahan kecuali kacang tanah dan masak.
  4. Kacau dengan api yang perlahan sehingga pekat.
  5. Hidangkan kuah rojak dengan kangkung dan sotong. Taburkan dengan bijan.