BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan tongkol/sikap/merah/tenggiri
2 batang serai – ketuk
3 cm lengkuas – hiris nipis
Gula dan garam
2 biji limau nipis – perah
1 cawan daun selasih/kemangi
1 liter air
Minyak
3 helai daun salam
BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 cm halia
4 cm kunyit
5 biji buah keras
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
- Masukkan serai, halia, dan lengkuas, tumis lagi.
- Tuangkan air dan biarkan mendidih.
- Masukkan daun salam, garam dan gula.
- Masukkan ikan dan perahan air limau.
- Akhir sekali matikan api dan masukkan daun selasih.
- Penggunaan batang sirih biasanya dimasukkan selepas air dituangkan dalam periuk. Batang sirih yang diperlukan hanyalah sepanjang 5 cm dan diketuk. Buah keras fungsinya sebagai melemakkan kuah kuning.
