SALMON KUKUS KUAH KERUTUK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

½ ekor ikan salmon

½ biji lemon – perah

Garam

2 cawan santan pekat

2 sudu besar kerisik

Gula dan garam

Minyak

 

 KUAH KISAR

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

4 cm halia

4 cm lengkuas

3 sudu besar serbuk kerutuk

4 sudu besar sos tomato

 

CARA MENYEDIAKAN

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

Masukkan garam dan gula.

Tuangkan santan dan biarkan mendidih sehingga pekat. Masukkan pula kerisik.Masukkan gula dan garam.

Perahkan lemon pada salmon dan taburkan sedikit garam.

Bungkus dengan gulungan aluminium dan kukus 10 minit sahaja.

Tuangkan kuah kerutuk.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan