DORI BAKAR SOS TOMATO

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

2 keping isi dori – hiris kasar

5 keping keju

 

BAHAN KUAH

2 labu bawang besar – dadu

7 biji tomato – buang biji dan dadu

2 keping daun bay

4 sudu besar tomato pes

Gula dan garam

Minyak

Sedikit air

 

CARA MENYEDIAKAN

Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.

Masukkan tomato dadu, pes tomato dan daun bay.

Tumis sehingga pecah minyak.

Tuangkan sedikit air dan masukkan gula dan garam.

Biarkan kuah mendidih sehingga pekat.

Susun isi dori dalam dulang dan tuangkan kuah dan susun keju keping. Bakar selama 15 minit.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan