Menggiurkan. Lihat sahaja barisan hidangan yang terhidang di Tonka Bean Café.Deli Impiana KLCC Hotel, Sup Gear Box, Roti Pak Johan, Ayam Shawarma, Ekor Asam Pedas dan banyak lagi menu yang cukup membuka selera. Dan pastinya acara paling dinanti-nanti adalah acara pencuci mulut, Impiana KLCC Hotel terus mengekalkan dengan tradisi menjamu pengunjung dengan buffet Durian D24 dan juga aiskrim Baskin Robins. Memang puas dan berbaloi.

Hidangan kampung air tangan Chef Mazlee Abdul Rahman tidak perlu diperkenalkan lagi. Mengambil tema Sinar Ramadan Al-Mubarak mengenengahkan resepi keluarga sepanjang zaman. Salah satu hidangan wajib cuba adalah Roti Pak Johan yang disaluti sos istimewa ciptaan Chef Mazlee. Sup gear Box jangan sesekali dilupakan, hidangan sebesar mangkuk XXL pastinya memenuhi citarasa berbuka puasa.

Bufet berbuka puasa bermula dari 16 Mei hingga 14 Jun 2018 pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Pengunjung akan dihidangkan dengan persembahan istimewa dari Seni Melodi sepanjang Ramadan.

Dewasa : RM148.00 nett

Kanak-kanak : RM74.00 nett (4 hingga 12 tahun)

Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi 03-21471111 atau emel fnbrsvp.iklcc@impianan.com atau log in impiana.com untuk maklumat lanjut.