BAHAN:
1 keping isi ikan siakap
2 ulas bawang putih – hiris
3 tangkai cili padi – hiris
2 sudu besar air perahan limau
1 sudu besar sos nampla
Sedikit daun ketumbar
CARA:
- Boleh digunakan kepingan isi ikan siakap atau seekor.
- Campurkan kesemua bahan, tuang ke atas ikan dan biar sekejap.
- Kukus selama 5 hingga 8 minit (untuk isi siakap) atau 15 hingga 20 minit ( untuk ikan seekor).
- Matikan api dan taburkan daun ketumbar.