BAHAN :

1 ekor ikan siakap – bersihkan

1 batang serai – potong halus

3 batang bunga kantan – potong halus

100 gm cili padi – hiris

2 helai daun limau purut

80 gm bawang putih – hiris

80 gm sos tiram

6 sudu besar cili sos Thai

2 sudu besar sos ikan

1 cawan tepung jagung

2 sudu besar jus limau

2 biji telur

Minyak masak untuk menggoreng

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Tumiskan serai dan bunga kantan, bawang putih dan cili padi sehingga wangi dan naik minyak.
  2. Masukkan cili sos Thai, tumis sehingga garing dan masukkan air.
  3. Masukkan sos tiram, sos ikan, daun limau purut serta jus limau.
  4. Untuk memekatkan sos, masukkan tepung jagung.
  5. Panaskan minyak, lalu goreng ikan siakap hingga garing.
  6. Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan. Masukkan sos dan hidangkan.