BAHAN-BAHAN
4 keping isi ikan dori – potong nipis
1 cawan tepung jagung
1 batang timun – potong dadu
1 biji nanas – potong dadu
1 labu bawang besar – potong dadu
3 sudu besar tepung jagung – untuk memekatkan kuah
3 cm halia – hiris
80 gm sos plum
2 biji telur
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil jus limau
1 cawan air
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MENYEDIAKAN;
- Isi ikan dori yang telah dipotong nipis, digaulkan dengan lada sulah, telur dan garam.
- Kemudian celupkan ke dalam bancuhan tepung, lalu digoreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- UNTUK KUAH :Panaskan minyak, tumiskan halia. Masukkan tomato puri dan sos plum.
- Selepas itu, bolehlah masukkan air, sos tomato dan sos cili. Biarkan ia mendidih.
- Masukkan pula nanas, timun, tomato dan bawang. Biarkan mendidih kemudian masukkan jus limau dan garam secukup rasa.
- Hidangkan kuah bersama ikan yang telah digoreng tadi.