BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan keli
3 biji tomato – belah empat
1 kg santan
80 gm cili padi
4 batang serai – ketuk
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
3 cm kunyit hidup
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN
- Ikan keli dibersihkan dan diketepikan.
- Cili padi dan kunyit hidup dikisar halus. Serai diketuk dan daun kunyit dihiris-hiris.
- Masak santan di atas api sederhana kecil. Masukkan cili padi serta kunyit hidup kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur.
- Tambahkan garam secukup rasa. Masukkan tomato dan kacau santan perlahan-lahan.
- Apabila kuah sudah mendidih, barulah masukkan ikan keli. Biarkan seketika. Angkat dan hidangkan.