BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap – bersihkan
2 cm halia – hiris
2 cm halia – kisar
4 batang serai – hiris
2 kuntum bunga kantan – hiris nipis
4 ulas bawang besar – hiris nipis
3 ulas bawang putih – hiris nipis
4 tangkai cili merah
4 tangkai cili hijau
2 batang lobak merah – hiris
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besarsos tiram
1 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan
Sedikit minyak masak
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Ikan siakap yang telah dibersihkan, digaulkan dengan halia yang telah dikisar bersama garam secukupnya. Perapkan seketika.
- UNTUK PES :Tumiskan halia hingga naik bau. Masukkan pes tomyam, sos tiram, jus limau, sos ikan dan garam secukup rasa.
- Jika pekat bolehlah tambah sedikit air.
- Ikan siakap yang telah diperap tadi, bolehlah dikukus separuh masak.
- Tuangkan pes tomyam di atas ikan siakap dan kukus sehingga masak. Angkat dan hidangkan.