RESEPI NASI SEREN POLO

BAHAN A:

1 ½ cawan beras basmathi

2 cawan air

2 helai daun pandan

¼ cawan udang kering

Buah kurma – potong kecil-kecil

Buah  kurma untuk hiasan

1 sudu besar tomoto puri

½ susu makan minyak sapi

½ sudu besar mentega

Rempah 4 sekawan

Garam secukup rasa

Daun pisang

 

BAHAN KISAR

3 biji buah kurma

1 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

5 biji buah badam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak, sapi dan mentega , masukkan rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan kisar dan tumiskan hingga terbit minyak.
  2. Masukkan tomato puri, daun pandan, garam dan air hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan beras, buah kurma dan udang, setelah nasi mendidih hampir kering tutup dengan daun pisang dan kecilkan api dan biarkan ia masak. Hidangkan dengan  buah kurma.

 

AYAM SEREN POLO

BAHAN

1 kg ayam – potong kecil

Garam secukup rasa

3/4 cawan minyak

½ cawan tomato puri

1 cawan air

Gula merah secukup rasa

 

BAHAN KISAR

10 biji badam

1 batang serai

2 cm lengkuas

2cm halia

5 ulas  bawang kecil

3 ulas bawang putih

1 sudu besar ketumbar – sangai

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
  2. Kemudian masukkan air, tomato puri, garam secukup rasa dan sedikit gula merah dan dimasak hingga naik minyak.
  3. Kemudian ambil ayam dan lumurkan dengan bahan yang dimasak dan dibakar.