BAHAN A:
1 ekor ikan siakap
5 sudu kecil jus Lemon
1 cawan minyak zaitun
2 sudu kecil lada
2 sudu kecil garam
BAHAN SAYUR:
200 gm lobak
200 gm zukini kuning
200 gm zukini hijau
1 biji lada benggala merah
1 biji lada benggala kuning
4 biji kentang
5 sudu kecil mentega
BAHAN KENTANG LECEK:
½ kg kentang perlu – kupas dan rebus
100 gm mentega beku – potong kiub
300 ml krim masakan
Garam dan lada secukup rasa
BAHAN SOS:
6 tangkai cili padi – potong dadu
2 tangkai cili merah – potong dadu
5 ulas bawang putih – cincang
2 jambak akar ketumbar – cincang
5 sudu kecil gula
½ cawan air
4 sudu kecil garam
Sudu besar jus limau
CARA MENYEDIAKAN :
1 ) Lumur ikan dengan garam , minyak zaitun, jus lemon dan lada. Seterusnya, panaskan kuali dan goreng ikan. Dalam kuali tidak perlu dimasukkan minyak lagi. Jika anda tidak suka minyak zaitun, bolehlah gunakan minyak masak biasa. Ketepikan.
2)Dalam kuali lain masukkan mentega. Kemudian tumis kentang dan diikuti sayuran lain sehingga masak. Ketepikan.
3)Untuk kentang lecek, rebus kentang hingga empuk, lecek dan tambahkan mentega dan krim kemudian kacau dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4) Untuk sos , campurkan semua bahan-bahan dengan sekata.
5) Susun ikan di dalam pinggan dan dihidangkan dengan sayur-sayuran yang telah ditumis , kentang lecek dan sos.