BAHAN PERAPAN IKAN:
½ kg isi ikan salmon
8 sudu kecil sos worcestershire
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
100 gm parsli cincang
3 sudu kecil jus lemon
300 gm kentang
BAHAN SALSA
1 biji mangga – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
1 biji timun – potong dadu
2 potong nanas – potong dadu
5 sudu kecil jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1 ) Lumurkan ikan dengan sos Worcestershire , garam , lada hitam dan jus lemon.
2) Goreng ikan dalam kuali yang panas.
3) Rebus kentang hingga masak.
4) Satukan semua bahan salsa dan gaul sebati.
5) Susun ikan yang telah dimasak di atas pinggan, tambahkan salsa mangga, parsli dan kentang di sebelah.