BAHAN:

1 kg daging (direbus dan dicarik halus)

200 ml santan

3 sudu besar cili kisar

Sedikit serbuk kunyit

Gula melaka secukupnya

Garam secukupnya

 

BAHAN-BAHAN KISAR/TUMBUK

1 labu bawang besar

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

3 cm halia

40 gm biji ketumbar (disangai terlebih dahulu)

10 gm jintan manis (disangai terlebih dahulu)

4 batang serai

 

CARA:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan santan, daging, gula Melaka dan garam.
  5. Kacau perlahan-lahan dengan api yang perlahan tanpa henti sehingga kering.
  6. Hidangkan setelah masak dan hiaskan.
  7. Boleh dimakan bersama ketupat nasi, ketupat pulut ataupun lemang.