BAHAN-BAHAN:
300 gm pucuk ubi – celur dan tuskan
4 keping tempe – potong kecil dan goreng
1 cawan santan pekat
3 sudu besar kicap pekat manis
Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
5 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ sudu kecil jintan manis
½ sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil lada sulah
BAHAN-BAHAN C (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MENYEDIAKAN:
- Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
- Panaskan sesudu besar minyak di dalam kuali lalu tumis bahan-bahan C hingga wangi.
- Masukkan bahan-bahan B dan tumis hingga masak dan naik minyak.
- Masukkan santan, kicap pekat manis, pucuk ubi dan tempe. Didihkan hingga semua bahan sebati.
- Sesuaikan rasanya dengan menambah garam. Didihkan seketika hingga kuah menjadi pekat.