BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang – rebus empuk dan hiris nipis
150 gm pegaga – hiris halus
100 gm isi kerang – rebus
½ cawan kelapa parut – putihnya sahaja
2 biji limau kasturi – perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (TUMBUK):
4 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah (bakar)
3 ulas bawang putih (bakar)
3 cm belacan bakar
CARA MENYEDIAKAN:
- Tumbuk bahan-bahan B hingga lumat dan menjadi pes.
- Di dalam mangkuk, gaul bahan-bahan bersama kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Masukkan jantung pisang, pegaga dan isi kerang. Gaul lagi hingga sebati.
- Akhir sekali, tambahkan perahan jus limau kasturi dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.