BAHAN-BAHAN:
10 biji telur itik
2 cawan santan pekat
1 cawan terung pipit
1 batang serai – titik
1 helai daun kunyit – siat-siat
Garam secukupnya
Bahan-bahan B (tumbuk):
10-15 tangkai cili padi hijau
3cm kunyit hidup
1 labu bawang besar
CARA MENYEDIAKAN:
- Tumbuk bahan-bahan B hingga lumat.
- Masukkan bahan-bahan B, serai dan terung pipit ke dalam periuk dan didihkan dengan dua sudu makan air.
- Masukkan santan dan didihkan dengan api yang sangat kecil.
- Perlahan-lahan masukkan telur itik satu persatu dan biarkan ia masak (jangan dikacau, kerana telur itik akan pecah).
- Tambah daun kunyit dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam secukup rasa.