GULAI NANGKA TULANG AYAM KAMPUNG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

400 gm nangka muda – potong kecil dan rebus empuk

300 gm tulang ayam kampung

2 cawan santan pekat

2 sudu besar serbuk kari daging

1 sudu besar cili kisar

1 batang serai – titik

1 tangkai daun kari

1 labu bawang besar – mayang halus

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 cm halia

Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daun kari dan serai.
  3. Masukkan cili kisar dan rempah kari bersama sesudu makan air. Tumis rempah hingga masak.
  4. Masukkan tulang ayam kampung dan nangka rebus berserta separuh santan. Didihkan hingga semua bahan empuk.
  5. Tambah separuh lagi santan, bawang besar dan didihkan dengan api yang kecil. Tambah garam dan gula secukup rasa.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan