BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang muda – buang kulit luar, potong kecil dan rebus
10 ekor udang segar – bersihkan
1 ½ cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B (kisar):
8-10 tangkai cili padi hijau
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
CARA MENYEDIAKAN:
- Kisar bahan-bahan B hingga lumat.
- Masukkan bahan-bahan B ke dalam periuk bersama dua sudu makan air dan didihkan.
- Setelah rempah masak masukkan santan, pisang muda yang telah direbus dan udang.
- Didihkan dengan api yang kecil. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam secukupnya.