BAHAN-BAHAN

4 biji mangga muda/ mangga epal – potong besar

3 keping ikan tenggiri

20 biji cili api

1 inci kunyit hidup

1 ½  cawan santan

Sedikit air

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup. Bila dah siap masukkan dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan santan dan sedikit air ikut kelikatan masak lemak cili api kita. Bila dah mendidih baru masukkan ikan tenggiri bersama mangga. Rasa garamnya. Bila dah masak bolehlah diangkat.