BAHAN-BAHAN
1 biji buah labu masak – potong kecil ikut suka
1 ½ cawan santan
15 ekor ikan bilis
1 biji bawang besar – hiris kasar
1 helai daun kunyit
2 biji cili masak – potong dua memanjang
Garam
CARA MENYEDIAKAN
- Masukkan ikan bilis, bawang besar, labu, daun kunyit dan santan. Didihkan hingga masak.
- Bila labu dah empuk baru masukkan cili merah dan rasa garamnya. Bila dah masak bolehlah diangkat.