BAHAN-BAHAN
1 biji betik separuh masak – cincang-cincang halus
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
10 ekor ikan bilis
2 ulas bawang besar
1 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Tumbuk cili bersama kunyit hidup dan bawang hingga hancur.
- Masukkan dalam periuk berserta santan dan ikan bilis. Tunggu hingga mendidih.
- Akhir sekali masukkan betik dan garam. Biarkan hingga betik empuk.