BAHAN-BAHAN:
10-15 biji jering tua – rebus empuk dan tumbuk sedikit
1 ½ cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 batang serai – ketuk
1 helai daun kunyit – siat-siat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B (kisar):
10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 batang serai
CARA MENYEDIAKAN:
- Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
- Panaskan dua sudu besar minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga masak dan pecah minyak.
- Masukkan jering, serai, daun kunyit dan santan pekat. Didihkan hingga sebati.
- Tambah kerisik dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masak rendang hingga kuah pekat dan agak kering.