BAHAN A:
2 ketul paha ayam tanpa tulang
BAHAN KERABU:
1 biji mangga muda
3 tangkai cili padi
2 ulas bawang merah
2 cm halia
5 gm pes santan
10 ml santan
5 gm udang kering
5 ml jus limau nipis
Sedikit garam
BAHAN SOS:
1 biji cili benggala merah
1 biji tomato
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit manis
5 ml madu
5 ml jus limau nipis
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan bahan kerabu dan gaulkan rata. Sebatikan rasa manis, masam dan masinnya. Ketepikan.
- Letakkan kerabu mangga di atas kepingan paha ayam lalu gulung kemas.
- Kemudian bakar di dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 15 minit. Ketepikan.
- UNTUK MEMBUAT SOS: Rebus cili benggala merah dan sos tomato. Kemudian kisar halus.
- Tuangkan bahan kisaran di dalam periuk, masak bersama bunga lawang, kulit kayu manis, madu, limau nipis dan garam secukup rasa.
- Hidangkan ayam bakar kerabu mempelam dengan sos mengikut kreativiti anda,.