BAHAN-BAHAN:
500 gm paha ayam bakar
150 ml cuka putih
50 ml madu
200 ml air
BAHAN SOS:
50 ml kicap cair
20 ml sos tiram
150 ml air
BAHAN SOS KACANG TAIWAN:
6 ulas bawang merah- kisar
6 ulas bawang putih- kisar
10 gm udang kering – cincang kasar
30 gm pes ‘hot bean’
5 gm serbuk stok ayam
5 gm gula
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan cuka putih, madu dan air di dalam periuk. Celupkan ayam, kemudian bakar di dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 30 minit. Ketepikan.
- UNTUK MEMBUAT SOS: Satukan ke semua bahan sos di dalam periuk. Masak hingga pekat. Ketepikan.
- UNTUK MEMBUAT PES TAIWAN: Satukan ke semua bahan sos Taiwan ke dalam periuk. Masak hingga pekat dan kering. Ketepikan.
- Hidangkan ayam bakar dengan sos kacang Taiwan.