AYAM BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:

2 ketul paha ayam

3 tangkai daun ketumbar

2 batang bunga kantan

3 biji buah keras – tumbuk

5 gm halba campuran

5 gm asam gelugur

1 batang serai – ketuk

50 ml santan

10ml minyak sapi

Sedikit garam

Sedikit serbuk lada hitam

Sedikit serbuk kunyit

 

BAHAN KISAR:

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

3 cm halia

3 tangkai cili hijau

5 tangkai cili padi

5 gm belacan

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ayam dibersihkan dan diketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, belacan dan halia hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili hijau, cili padi, santan dan sedikit serbuk kunyit. Diikuti dengan serai. Kacau kuah perlahan-lahan.
  4. Masukkan ayam, selepas itu masukkan halba campuran, asam gelugur, daun ketumbar, bunga kantan dan buah keras.
  5. Apabila kuah sudah pekat, masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa serta daun ketumbar.