BAHAN PERAPAN:
350 gm paha atau dada ayam
5 gm serbuk stok ayam
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
BAHAN CELUPAN:
100 gm serbuk roti
1 biji telur
BAHAN SOS:
30 gm marjerin
50 gm krim jagung
50 ml susu sejat
3 tangkai daun kari
3 biji cili padi – hiris
CARA MENYEDIAKAN:
- Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan bahan perapan.
- Panaskan minyak masak, celupkan bahan perapan di dalam telur dan serbuk roti.
- Goreng ayam sehingga garing atau kekuningan. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
- UNTUK MEMBUAT SOS: Satukan marjerin, krim jagung, susu sejat, cili padi dan daun kari. Masak sehingga sos pekat.
- Hidangkan ayam dengan sos jagung mengikut kreativiti anda.