AYAM MASAK SULTANAS – STEP BY STEP

BAHAN-BAHAN:
500 gm dada ayam – potong dadu
5 sudu besar rempah beriani
1 sudu kecil serbuk cili
1 labu bawang besar Holland -hiris
2 ulas bawang putih – cincang
2 sudu kecil parutan kulit oren
3 sudu besar jus oren
2 sudu besar sultanas
40 gm hirisan kacang badam – goreng sehingga keemasan
¼ cawan yogurt asli
Sedikit garam dan serbuk lada hitam

 

CARA MENYEDIAKAN:

Tumiskan hirisan bawang Holland dan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak.
Selepas itu masukkan rempah beriani dan serbuk cili . Kacau sehingga rempah wangi dan garing.
Kemudian masukkan, parutan kulit oren dan jus oren. Masak lebih kurang 1 minit sehingga jus oren meresap.
Masukkan yogurt dan panaskan dengan api yang perlahan. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
Selepas itu masukkan sultanas dan kacang badam. Sebatikan. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan hidangkan