BAHAN A:

2 keping kepak ayam tanpa tulang

30 gm daging ayam cincang

2 ulas bawang merah – kisar

2 ulas bawang putih – kisar

3 cm halia – kisar

1 batang serai – kisar

2 helai daun limau purut – kisar

1 biji putih telur

Sedikit garam

Sedikit lada hitam

 

BAHAN B:

3 ulas bawang merah – kisar

2 ulas bawang putih – kisar

1 labu bawang besar – kisar

3 cm halia – kisar

1 batang serai – kisar

7 tangkai cili merah – kisar

3 biji buah keras – kisar

5 ml minyak masak

5 ml jus limau kasturi

5 ml santan

5 gm gula perang

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bersihkan kepak ayam dan ketepikan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun limau purut. Satukan ke semua bahan ini ke dalam mangkuk, masukkan putih telur, lada hitam dan garam. Gaulkan rata.
  3. Sumbatkan bahan kisar ini ke dalam kepak ayam dan simpan seketika di dalam peti sejuk.
  4. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan serai sehingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan cili merah dan sedikit serbuk kunyit, tumiskan seketika lagi.
  6. Masukkan kepak ayam dan santan. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah mendidih.
  7. Akhir sekali, masukkan buah keras, jus limau kasturi, gula merah dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Angkat dan hidangkan.