AYAM MASAK TOMYAM – STEP BY STEP

BAHAN-BAHAN:
4 keping dada ayam – hiris nipis
2 sudu besar pes tomyam
3 sudu kecil sos ikan
1 biji tomato – potong dadu
3 sudu besar jus limau kasturi
3 tangkai daun kesum
2 sudu besar minyak jagung
3 ulas bawang putih -hiris nipis
4 tangkai daun bawang-hiris
2 tangkai cili merah – kisar
250 gm kacang pis

 

CARA MENYEDIAKAN:

Tumiskan bawang putih, daun bawang dan cili merah sehingga wangi.
Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak keperangan.
Masukkan pes tomyam, sos ikan, jus limau kasturi dan sedikit air. Kacau rata.
Masukkan kacang pis dan kacau sebati. Jika perlu tambahkan air.
Kemudian masukkan tomato, dan daun kesum. Kacau perlahan-lahan. Angkat dan hidangkan.