BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam – hiris kasar
BAHAN SUP:
100 gm labu – potong kiub
2 batang sawi cina (pokchoy)
1 sudu besar air limau nipis
200 ml stok sayuran
6 biji tomato ceri
1 labu bawang besar – cincang
3 cm batang saderi – hiris kasar
1 helai daun bay
3 cm leek – hiris kasar
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
CARA MENYEDIAKAN:
- Reneh stok sayuran di dalam periuk.
- Kemudian masukkan bawang besar, batang saderi, leek dan daun bay.
- Selepas itu, masukkan hirisan dada ayam. Masukkan pula garam dan lada sulah secukup rasa.
- Rebus hingga ayam empuk. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
- Masukkan pula labu yang telah dipotong kiub. Reneh selama empuk. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
- Celurkan seketika pak choy, angkat dan tuskan. Ketepikan.
- Hiaskan hirisan dada ayam bersama labu dan pak choy mengikut kreativiti anda.