AYAM MASAK SERAI – STEP BY STEP

BAHAN-BAHAN:
500 gm dada ayam – hiris
3 batang serai – hiris nipis
1 labu bawang kuning besar- hiris
3 ulas bawang putih – hiris
2 sudu besar sos ikan
2 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak
40 gm kacang goreng – tumbuk kasar
Segenggam daun ketumbar

 

CARA MENYEDIAKAN:

Tumiskan hirisan bawang kuning, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam, kacau perlahan-lahan sehingga masak. Pastikan ayam tidak hangus.
Kemudian masukkan kacang tanah, kacau sebentar.
Jika terlalu kering, boleh tuangkan sedikit air. Masukkan sos ikan, gula dan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan hirisan daun ketumbar dan kacau seketika. Angkat dan hidangkan.