SEDAPNYA ITIK PANGGANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Hidangan mewah, Shark Fin boleh dinikmati dengan hanya RM20 di Restoran Cina Muslim Al-Munawarah.  Lebih istimewa, restoran ini masih mengekalkan harga yang sama selepas enam tahun beroperasi.

Kedatangan team Saji Online disambut cukup mesra oleh pemilik, Tuan Haji Muhammad Yusuf Ong Bin Abdullah. Memegang kukuh prinsip RM, Redha dan Magrifah, kata Yusuf, dia berniaga atas tuntutan menunaikan fardhu kifayah. Malah dia terpanggil untuk menyediakan masakan Cina yang diyakini halal, kerana baginya segala makanan yang menjadi darah daging akan mempengaruhi jiwa dan generasi akan datang.

Cukup murah, cukup berpatutan. Jika tiada ketam segar, maka tiadalah hidangan ketam pada hari itu. Segala hidangan kepada pelanggan haruslah segar daripada ladang. Dan atas sebab itu Yusuf sendiri akan turun ke pasar memilih ketam terbaik untuk pelanggan.

Hidangan Itik Panggang antara yang cukup popular sementelah cukup sukar mendapatkan yang halal. Ulasnya, hidangan ini nampak ringkas namun penyajiannya memakan masa yang cukup lama. Pemilik berusia 50 tahun ini sanggup berkongsi tip rahsia dan Saji Online akan kongsikan dalam artikel seterusnya.

Kami cukup bertuah disajikan dengan hidangan terbaik dan cukup memikat selera. Komen kami sepakat, Restoran Cina Muslim Al-Munawarah memang terbaik.

Pengunjung boleh memilih hidangan dari serendah RM6.50. Dan untuk mereka yang bekeluarga, boleh memilih set hidangan 10 orang dengan hanya RM200. Apa yang penting, bersih dan halal.

Restoran Cina Muslim Al-Munawarah No.28, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Restoran Al Munawarah No.15 Jln Bidara 7/1 Saujana Utama Sungai Buloh.

Hey, kami akan sajikan resipi istimewa Ketam Bunga Telur Masin dan Udang Nestum, khas daripada pemilik restoran. Tunggu…

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan