BAHAN-BAHAN KUAH KACANG MONGOLIAN
Sebatang lobak merah
Sebiji bawang Holand
200 gram Leek
200 gram Saderi
300 gram Kacang Tanah (dibuang kulit, dikisar dan disangai)
100 gram cili giling
150 gram Taucu
1 botol Otak Udang
1 sudu besar Gula
1 sudu besar Garam
3 batang serai (diketuk)
CARA-CARA
Masukkan lobak merah, bawang Holand, leek dan saderi ke dalam oven dan bakar sehingga berwarna keperangan. Selepas itu, kisar kesemua bahan sehingga halus.
Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar.
Kemudian masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.
Selepas itu, masukkan kacang tanah yang telah disangai dan taucu. Gaul rata. Masukkan pula otak udang.
Perasakan dengan gula dan garam. Kemudian tunggu sehingga mendidih.
Masukkan serai yang telah diketuk.
Kecilkan api dan masak sehingga keluar minyak. Apabila telah mendidih (lebih kurang 15 minit), keluarkan serai.
BAHAN-BAHAN SEAFOOD MONGOLIAN
2 ulas bawang putih (dikisar)
Lada benggala hijau (dihiris nipis)
Lada benggala merah (dihiris nipis)
Lobak merah (dihiris nipis)
Bawang besar (dihiris nipis)
Daun bawang (dihiris nipis)
Saderi (dihiris nipis)
Leek (dihiris nipis)
Cendawan butang (dihiris nipis)
Taugeh
Ikan merah
Sotong
Udang
Kepah
1 senduk kuah kacang Mongolian
Lemon
CARA-CARA
Panaskan minyak.
Tumis bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan lada benggala, lobak merah, bawang besar, daun bawang, saderi, leek, taugeh dan cendawan butang.Tumis sehingga layu.
Selepas itu masukkan ikan, sotong, udang dan kepah. Gaul sehingga masak.
Masukkan satu senduk kuah kacang dan gaul rata.
Tip : Lebih enak jika gunakan wok.
Mungkin boleh perasakan lagi dengan perahan lemon untuk sentuhan terakhir.
Sesuai dimakan begitu sahaja atau boleh campurkan bersama dengan mee, meehun atau suhun.
Hidangan laut boleh digantikan dengan ayam. Ayam perlu ditumis bersama bawang putih.
FOTO : NORAZLINA OTHMAN