Sedap Ke Kuih Neraka?

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Mendengar nama kuih ini pun sudah cukup mengerunkan. Tapi tidak pada rasanya, kuih neraka ini sangat sedap. Kalau ada yang teringin nak merasa kuih neraka ini, kenalah ke kaki gunung berapi Pandai Sikek, Bukit Tinggi, Indonesia. Anda boleh ke Warung Bika Talago yang terletak di tepi jalan dan mudah untuk anda singgah.

 

Kuih Bika Pisang warna coklat keperangan.

Kuih Neraka ini sebenarnya ialah kuih bika talago yang diadun dengan tepung beras, kelapa parut atau pisang berserta gula. Kuih bika yang berwarna putih adalah campuran kelapa parut dan berwarna coklat keperangan dicampurkan dengan pisang.

Beginilah rupa kuih bika yang telah masak.

Adunan tepung yang telah siap diadun, diletakkan di atas sekeping daun pisang. Kemudian diletakkan di dalam periuk tanah liat.

Kayu api kulit kayu manis digunakan dalam proses pembakaran.

Keunikannya itu, ketika proses membakar dengan menggunakan kayu api kulit kayu manis. Ia akan membuatkan kuih bika menjadi lebih enak dan wangi.

Kayu api diletakkan di atas dan bawah dengan suhu yang sangat panas. Sebab itulah di namakan kuih neraka kerana proses membakarnya yang ekstrem.

Jika dilihat dari resipinya ia seakan  lempeng kelapa atau pisang jika di Malaysia. Bezanya cuma penggunaan tepung. Kebiasaannya lempeng kelapa atau pisang, menggunakan tepung gandum. Apapun kuih bika talago antara kuih  tradisonal, yang mempunyai rasa dan identitinya yang tersendiri, yang harus diwarisi generasi akan datang.

Kredit Foto : Zaitun Hj Hussin

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan