SECRET CORREA LANCAR PRODUK TERBAHARU SECRET COFFEE

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Syarikat penjagaan kesihatan dan kecantikan terkenal, SC Global Resources Sdn. Bhd. (Secret Correa) baru-baru ini melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Secret Coffee, kopi pracampuran yang dirumus khas untuk membantu masalah berat badan. Secret Correa sebelum ini cukup terkenal dengan produk pelangsingan badan yang telah pun berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara.

Dalam majlis yang sama, Secret Correa turut diumumkan sebagai penaja utama Anugerah Hijabi Mestika (AHM) yang kini masukmusim ketiga dengan jumlah tajaan RM200,000. Majlis menandatangani memorandum perjanjian usaha sama (MoU) antara Secret Correa dan Utusan Karya Sdn.Bhd. berlangsung di Pejabat Urusan Secret Correa di Bangi Sentral.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Secret Correa, Puan Nor Azila Azmi berkata, kerjasama ini bukan sahaja untuk mempromosikan produk Secret Correa tetapi bersama-sama membantu mencari para peserta yang berketerampilan, cantik dan bijak untuk diangkat sebagai Juara Anugerah Hijabi Mestika musim ketiga.

“Secret Correa menaja pertandingan ini yang menepati konsep syarikat yang menekankan soal kesihatan dan kecantikan sebagai aset penting kepada penampilan khususnya untuk kaum wanita. Kita mencari seorang ikon wanita yang mempunyai pakej lengkap ‘beauty with brain’. Kami ingin memberi nilai kepada kehidupan masyarakat. Sepertimana yang kita tahu, kaum wanita adalah tulang belakang dalam sesebuah keluarga. Justeru wanita tidak kira bujang mahu pun berkeluarga perlu menekankan aspek kecantikan dan kesihatan supaya dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna,” ujarnya.

 

 

 

 

 

Kali ini AHM bakal menjelajah ke empat zon di Semenanjung Malaysia bermula Disember ini bagi mencari 20 peserta ke separuh akhir sebelum saringan memilih 10 finalis ke pringkat akhir. Penyanyi Ifa Raziah turut dilantik sebagai pengacara pada setiap zon. Borang penyertaan boleh didapati dalam edisi terbaharu majalah HF yang kini sudah berada di pasaran. Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut ikuti Instagram (@hijabfesyen_magz) dan Facebook Hijab Fesyen atau hubungi pejabat Utusan Karya di talian 03-89262999.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan