KEK KUKUS PELANGI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

6 biji telur
2 biji kuning telur
250 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovelette
200 gm santan kotak
200 gm tepung kek
Pewarna – ungu, biru gelap, biru muda, kuning ,oren dan merah

 

CARA MENYEDIAKAN

1. Panaskan pengukus. Putar telur bersama ovelette dan gula hingga kembang, putar selama 5 minit.

2. Masukkan tepung kek dan esen vanila.  Kacau biar sebati.

3. Masukkan santan, kacau dan biar adunan sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.

5. Alaskan loyang 9 in X4.5in dengan kertas kek dan masukkan adunan bahagian yang berwarna ungu dan kukus selama 10 minit(tutup loyang dengan kertas aluminium.

6. Lakukan proses melapis hingga yang terakhir(yang terakhir kukus selama 20 minit).

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan