BAHAN A
120 ml air sejuk
50 gm gelatin
BAHAN B:
120 ml air biasa/paip
300 gm gula pasir
220 gm golden sirap
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil vanila
CARA MENYEDIAKAN
- Campurkan bahan A dan biarkan seketika.
- Masak bahan B sehingga betul-betul mendidih.
- Matikan api kemudian tuangkan dalam bahan A.
- Putar dengan kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga betul-betul pekat.
- Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dibiarkan semalaman. Boleh juga simpan peti sejuk.
- Sebelum memotong mashmallow sapukan permukaan atas dan bawah mashmallow dengan campuran tepung jagung dan gula aising (kalau nak kurangkan manis 4 sudu besar tepung jagung 1sudu besar gula aising)
- Potonglah dengan pisau piza atau menggunakan gunting dan biarkan bergaul dengan campuran tepung dan gula.
- Untuk corak seperti gambar, ambil sedikit adunan yang telah siap diputar, campurkan dengan sedikit strawberi emulco dan pewarna merah. Buat corak seperti kita buat lakaran marble atas permukaan kek.