AKOK BERLAUK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN
9 biji telur (yang baru dikeluar peti sejuk)
60 gm gula kastor
80 gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanila
Serunding daging secukupnya

CARA MENYEDIAKAN

1. Panaskan ketuhar dengan suhu 170- 180C.

2. Pukul telur sehingga berbuih.

3. Masukkan gula, putar lagi sehingga gebu. Masukkan tepung dan esen vanila

4. Kaup dan balik dan pastikan semuanya sebati.

5. Alas loyang bulat (9inci) dengan kertas kek. Masukkan separuh dari adunan dan bakar selama 10 minit.

6. Keluarkan dan tabur dengan inti/serunding. Tuangkan lagi dengan adunan di atasnya. Masukkan lebihan adunan tadi. Bakar selama 20 minit lagi.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan