BAHAN-BAHAN
10 gm agar-agar serbuk
500 ml air
4 ketul tapai ubi kayu
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
4 sudu besar gula (bergantung kepada kemanisan tapai ubi kayu)
Pewarna merah dan hijau
CARA MENYEDIAKAN
- Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
- Kisar tapai (buang urat di tengahnya) bersama susu, telur, tepung jagung dan gula.
- Masukkan ke dalam bahan tadi. Masukkan juga esen vanila. Masak sehingga mendidih.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian tanpa warna, merah dan hijau.
- Sediakan loyang kaca (10 inci x 7inci). Tuang secara berselang-seli adunan tersebut bermula dari tengah loyang. Lakukan sehingga habis.