BAHAN-BAHAN
18 gm agar-agar bertali
150 gm gula pasir
3 ketul gula batu –kecil
750 ml air
BAHAN B:
300 ml santan
200 ml susu cair
3 biji telur kuning telur
Sedikit pewarna kuning
BAHAN C:
3 biji putih telur
Pewarna merah
CARA MENYEDIAKAN
1.Untuk lapisan bawah, masak agar-agar bersama air, gula pasir dan gula batu hingga agar-agar menjadi hancur dan mendidih. Ketepikan.
2. Bahagikan adunan nombor 1 kepada dua bahagian sama banyak.
3. Satu bahagian campurkan dengan bahan B yang sebelumnya dipukul seketika.
4. Masakan semula dan tuang dalam bekas.
5. Untuk lapisan atas pula, putarkanputih telur hingag gebu. Kemudian campurkan sedikit pewarna merah. Kaup balik sehingga sebati. Tuangkan ke dalam sebahagian lagi adunan.
6. Masak sehingga mendidih, dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan berbintil. Matikan api.
7. Biarkan sejuk seketika, dan barulah dituangkan ke lapisan yang telah membeku tadi.
8. Simpan dalam peti sejuk di tempat `frozen’ selama 7 jam sebelum dimakan.