AGAR-AGAR SANTAN BERLAPIS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

40 gm agar-agar serbuk
1400 ml air
1 ½  cawan gula
3 helai daun pandan
200 ml santan kotak
2 biji telur – pukul
½ sudu kecil garam
Pewarna ikut cita rasa

 

CARA MENYEDIAKAN
1.Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan sehingga mendidih.

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

3. Satu bahagian dicampurkan dengan santan, telur dan garam yang sebelumnya telah dipukul. Masakkan semula dan matikan api. Tuang dalam loyang aluminium dan rendam dalam periuk berisi air panas.

4. Begitu juga adunan yang kedua, kita tuang dalam bekas aluminium atau periuk yang boleh direndam dalam air panas.

5. Ambil loyang 10 inci X 7 inci, dan tuangkan dua senduk adunan kosong dan warnakan.

6.Tuang ke dalam loyang. Biarkan ia mengeras. Jika nak cepat, masukkan dalam peti sejuk.

7. Kemudian ceduk dua senduk adunan santan dan warnakan juga. Tuang di atas lapisan pertama tadi. Biarkan ia mengeras.

8. Setelah itu ambil dua senduk adunan tanpa warna dan tuang menjadi lapisan ketiga. Biarkan ia mengeras lagi.

9. Cara kita membuat lapisan terserah kepada kreativiti dan cita rasa sendiri.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan