KEK PISANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

250 gm mentega
7 biji pisang sederhana besar(pisang kapas)
2 cawan tepung naik sendiri}
1 cawan tepung gandum         } ayak
1 sudu kecil serbuk penaik     }
5 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan gula pasir
50 gm kacang walnut
50 gm kismis

 

CARA MENYEDIAKAN

1.Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu.  Pukul lagi biar putih dan kembang.

2. Pisang dilenyek hingga hancur.  Masukkan pisang, esen vanila  dan tepung naik sendiri, tepung gandum dan serbuk penaikke dalam adunan dan kacau sebati (guna senduk).

3.Masukkan juga walnut dan kismis yang telah dicincang dan dipotong kecil.

4.Masukkan adunanke dalam acuan kek sifon dan bakar selama sejam dengan suhu 170 C  sehingga masak.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan