KEK LAPIS PANDAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung vanila sponge mix (250gm)
4 biji telur
1 sudu teh ovelette
2 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air

 

BAHAN KASTARD PANDAN

1200 ml santan
100gm tepung hwokwe
10 gm agar-agar serbuk
1 cawan gula halus
Sedikit garam
1 sudu kecil pandan emulco
Pewarna hijau
Kelapa kering

 

CARA MENYEDIAKAN

1. Putar kesemua bahan(kecuali minyak) hingga kembang dan pekat.
Masukkan minyak dan putar seketika biar sebati.

2. Kemudian masukkan satu perempatdaripada adunan tersebut ke dalam loyang 8X8 inci dan bakar selama 15 minit dengan suhu 180C.  Bakar sehingga mendapat 4 keping kek.

3. Untuk kastard pandan, kacau semua bahan(kecuali kelapa kering) di atas api sederhana sehingga pekat.

4. Bila dah siap, lapiskan setiap kek dengan kastard pandan dan bahagian atasnya barulah ditabur dengan kelapa kering.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan